MasakuTimeku

Wednesday, August 24, 2011

CINTA KURA-KURA

Filem kutunggu|Coming Soon 2012: CINTA KURA KURA


kenapa aku tunggu filem ni??hehehe....haruslah sebabbbbbb jeng jeng jeng..heeeeeeee

Tiz Zaqyah heroin filem ni tauuuu!! ;)

(act aku ni die hard fan TZ okiess...ni filem kedua lakonan TZ selepas Nur Kasih The Movie,..aku suka sgt tgk dia berlakon! lakonan Tiz mantap,setiap kali dia acting mmg x menghampakanlah! bakat dia mmg superb! comel,cantik,lawo,gojes plak tu.....Subhanallah,Indah sungguh ciptaan Tuhan)

Opsss...Aeril Zafrel hero plak tuuu..huhu his so handsome oh! @_@ hehe


Cinta Kura-Kura ni dijadualkan ditayangkan pada tahun 2012, tp tarikh xtau bila..aishhh...so aku ni kena bersabarlah menunggu tarikh tayangannya...heeeee

serba sedikit pasal filem ni.....


Poster

Terbitan : KRU Studios Sdn. Bhd
Genre : Romantik Komedi
Pengarah : Nizam Zakaria
Penulis Skrip : Nizam Zakaria

Pelakon:
Tiz Zaqyah sbg Nani

Aeril Zafrel sbg Adam

Zizan Razak sbg Nico

Farah Fauzana sbg Mira

Shy8 a.k.a Usop Wilca sbg Atok

Fiz Fairuz sbg Fazli

Sinopsis

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Sumber: pakcik gugel & sinemamalaysia

ni plak trailer n promo tuk CKK ni....

Kome nk nengok ceriter pasal kure-kure........



hua hua hua...
tgk trailer pon aku dh gelak sakan dgr sore Zizan a.k.a Nico tuh! tgk filem nanti harus guling2 gelak kot!hahaha
paling senak perut gelak bila dia cakap "Penyu?? Penyu abah kau!!" haha..perli paling sopan tuuuu....
lagi satu "woi woit...Sape setan ni setan!" haha..adoii x sabar nk tgk citer niii..heeeeee :D

paling penting aku nk tgk our TZ acting jd nakal2 gituu...cute je dia berlakon jd nakal2,hehe dulu dalam cerekarama Suzana, sekarang jd Nani plak dlm CKK!hehe

TZ so cute meh!

apepon! sesamelah kiter menunggu............ :)


oppsssss.....jangan lupa Like FB pages Cinta Kura Kura
:)






No comments:

Post a Comment